Wednesday 24 August 2011

RASUAH!! ELOKKAH??

rasuah tidak berlaku dalam kalangan orang - orang besar sahaja..rasuah juga berlaku dalam kalangan kita..tahukah anda apa itu rasuah??pada pandangan ana..rasuah itu sesuatu yang salah di sisi undang - undang dan juga salah di sisi agama..baguskah rasuah ini??perlukah ada rasuah untuk memajukan diri??rasuah ini adalah sesuatu yang memang zahirnya salah..biasanya orang yang merasuah dan menerima rasuah adalah orang yang cetek akalnya dan juga bodoh orangnya..kenapa ana cakap begitu??? kerana mereka yang mengambil rasuah tidak berfikir panjang dan tidak ambil tahu akan kesannya pada masa hadapan..tidak malukah anda semua jika kawan - kawan anak anda panggil ayahnya orang rasuah??tidak malukah anda jika anda ditangkap kerana merasuah???ketahuilah bahawa rasuah itu sememangnya hina di sisi Islam..

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah
mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah
dalam soal hukum- menghukum”

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranyakamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supayadapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.
(al-Baqarah : 188









1 comment: