Thursday 25 August 2011

CIRI - CIRI MUKMIN YANG BERJAYA

YAHYA BIN MUAZ R.A telah mengumpulkan lebih kurang 330 sifat yang harus ada pada diri seorang mukmin sejati dalam kitabnya AL - QIRTHAAS. Di antaranya adalah :




  • hendaklah ia banyak malu
  • sedikit gangguan
  • selalu berbuat kebaikkan
  • tidak membuat kerosakkan
  • jujur
  • sedikit berbicara dan banyak bekerja
  • sedikit berbuat dosa
  • tidak suka mengintip rahsia orang
  • banyak berbuat baktiselalu
  • menghubungkan tali kekeluargaan
  • tenang dan sabar
  • selalu bersyukur 
  • sangat redha pada Allah, sekalipun rezekinya disempitkan
  • sayang akan shabatnya
  • sopan santun
  • menjaga kehormatan dirinya
  • belas kasihan
  • tidak suka menunjuk
  • tidak suka maki - maki dan mencela
  • tidak suka menfitnah dan mengumpat
  • tidak tergesa - gesa
  • tidak pendengki dan pendendam
  • tidak sombong
  • tidak suka bangga diri dan harapkan pujian
  • tidak tergila - gila pada dunia
  • tidak banyak angan - angan
  • tidak banyak tidur dan lalai
  • tidak mencari kesalahan orang lain
  • cinta dan bencinya kerana Allah
  • rela kerana Allah
  • tidak munafik
  • tidak kedekut
  • bekalnya taqwa
  • tujuannya akhirat
  • sahabatnya zikir
  • kekasihnya Allah
  • usahanya untuk akhirat





Wednesday 24 August 2011

SOLAT ITU TIANG AGAMA

solat itu tiang agama..adakah anda tahu bahawa solat itu wajib bagi setiap umat Islam???dan adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan solat???
solat dari segi bahasa ialah doa..
dari segi istilah pula..ialah mengabdikan diri kepada Allah dengan menuruti perintahNya dan menjauhi laranganNya..
ramai orang yang pertikaikan bahawa kenapa rami orang lelaki yang beragama Islam tidak pergi menunaikan solat jumaat dan solat tarawih..adakah anda fikir bahawa sepatutnya kita lebih mementingkan solat fardhu daripada solat sunat???
Rasulullah saw berkata bahawa solat itu tiang agama..jika tidak sempurna solat kita..maka runtuhlah tiang itu..
setiap kali kita meninggalkan solat, akan terbitlah satu titik hitam di hati kita sehingga mana titik itu menjadi sebati dengan hati kita..dan adakah anda tahu apa kesannya???















inikah yang anda mahukan??anda mahu ini terjadi pada anda semua??ingatlah..solat itu amanah Allah..peganglah ia sekuat - kuatnya..jadikan ia rutin harian dalam sebahagian hidup kita..kerana kelak ia akan memberi manfaat yang jauh lebih besar dari apa yang kita dapat..Allah sentiasa membuka pintu taubatNya kepada sesiapa yang ingin bertaubat..ketahuilah Allah itu berkuasa di atas tiap - tiap yang berlaku..jika kita pegang segala suruhanNya..inilah yang terjadi..







tidak susah untuk kita tunaikan solat fardhu..kerana nabi saw telah memujuk Allah agar meringankan sehingga kita hanya menunaikan solat fardhu sebanyak 5 kali sahaja..itupun susah untuk kita tunaikan..ingatlah wahai kawan - kawan..perkara pertama yang akan ditanya di akhirat kelak adalah solat..jika cukup solat kita..maka syurgalah tempatnya..jika tidak..anda sendiri tahu dimana bukan??
tanamkan sifat bersabar,tabah..dan sebagainya dalam menunaikan solat..kerana apa??kerana solat itu ibadah..dan sabar juga adalah satu ibadah..ingat ya kawan - kawan semua!!! :)

INGATAN!!!

ingat wahai  sahabat..kita hendaklah sentiasa ingat dari mana asal kita..dari mana kita datang..sesungguhnya dari tanah kita datang dan kepada tanah kita kembali...Allah itu maha berkuasa di atas tiap - tiap yang Dia ciptakan..seperti sekarang yang kita tahu.."orang Islam belum tentu imannya..TETAPI..orang beriman terjamin Islamnya.."cuba renungkan apa yang ana katakan..jika kita pegang pada satu matlamat, kita tidak akan lari dari jalan yang benar..Amanah Allah itulah yang perlu kita jaga bersama - sama..jika kita jaga amanah itu..nescaya kita tidak akan tersimpang dari jalan Allah..renung - renungkan..dan..selamat beramal.. =)

RASUAH!! ELOKKAH??

rasuah tidak berlaku dalam kalangan orang - orang besar sahaja..rasuah juga berlaku dalam kalangan kita..tahukah anda apa itu rasuah??pada pandangan ana..rasuah itu sesuatu yang salah di sisi undang - undang dan juga salah di sisi agama..baguskah rasuah ini??perlukah ada rasuah untuk memajukan diri??rasuah ini adalah sesuatu yang memang zahirnya salah..biasanya orang yang merasuah dan menerima rasuah adalah orang yang cetek akalnya dan juga bodoh orangnya..kenapa ana cakap begitu??? kerana mereka yang mengambil rasuah tidak berfikir panjang dan tidak ambil tahu akan kesannya pada masa hadapan..tidak malukah anda semua jika kawan - kawan anak anda panggil ayahnya orang rasuah??tidak malukah anda jika anda ditangkap kerana merasuah???ketahuilah bahawa rasuah itu sememangnya hina di sisi Islam..

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah
mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah
dalam soal hukum- menghukum”

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranyakamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supayadapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.
(al-Baqarah : 188









Monday 22 August 2011

ISLAMKAH KITA???

adakah kita benar - benar Islam???siapa yang tahu bahawa kita beragama Islam???agak - agaknya siapa yang tahu???sekarang yang kita tahu di Malaysia ini..ramai orang Islam hanya di kad pengenalan..kenapa semua itu berlaku???tidak malukah kita jika kita ditanya oleh seorang paderi Kristian.."adakah kamu seorang Islam??"..apa yang akan kita jawab???.."sudah tentu saya Islam"..kemudian pasti paderi itu akan berkata "tetapi mengapa kamu berpakaian tidak menutup aurat, kemudian kamu berpegangan tangan dengan pasangan kamu padahal ianya dilarang dalam agama kamu sehingga kamu mempunyai ikatan yang sah???"..adakah kita mampu menjawab persoalan itu??..rasanya kita akan terpaku,terdiam,terpegun, dan sebagainya..kerana apa..kerana ianya berlaku pada kita..seperti yang kita nampak..ramai orang Islam di Malaysia sekarang..memenuhkan ruang waktu yang banyak dengan melakukan maksiat atau bergelumang dengan dosa..
kita juga tahu yang banyak orang Islam suka akan hiburan..sehingga ianya melebihi batas kita sebagai orang Islam..jika seseorang yang mereka tahu perihal mereka yang jauh dari keluarga..apakah perasaan mereka ketika itu???alangkah sedihnya rasa hati kerana mengetahui perihal anak yang dikasihi sungguh MEMALUKAN!!!!
BANGUNLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD SAW..KERANA KITA BERADA DI AKHIR ZAMAN...DIMANA SEDANG BERLAKU MAKSIAT YANG BERLELUASA..SEPATUTNYA KITA BERIBADAH KEPADA ALLAH..LUPAKAN HIBURAN..LUPAKAN SEGALA YANG MEMBAWA KEPADA MAKSIAT..INGATKAN PENCIPTA KITA..INGATKAN PENGORBANAN IBU BAPA KITA..INGATKAN HARI AKHIRAT...
 mahukah kita memberikan wanita untuk berperang??
 ingatlah nabi junjungan kita Muhammad SAW..
 mahukah kita berada ketika gambaran ini berlaku??
 marilah kita berjihad ke jalan Allah..
 janganlah kita jadi pengikut Dajjal Laknatullah..
 inilah yang berlaku pada orang Islam zaman sekarang..
 ini sepatutnya yang terjadi..
 renungkanlah..
 perlukah semua ini berlaku???
 ketika ini tiada penyesalan lagi..
 tiada ungkapan ketika ini melainkan berdoa padaNya..
 renungkan..
 bayangkanlah kita berada seperti situasi ini..
 ALLAHUAKBAR!!!!
insyallah..dengan izinNya..kita akan berada bersama - sama orang yang diredhai Allah swt..AMINN...

Sunday 21 August 2011

COUPLE VS CINTA

apa yang dimaksudkan dengan couple???dan apa yang dimaksudkan dengan cinta???
couple..apa itu couple??couple adalah istilah atau ungkapan pada masa sekarang yang bermaksud berpasangan..pada masa sekarang..ramai orang sudah mempunyai couple..seronokkah kita bercouple???seronokkah kita berpegang tangan??seronokkah kita berpelukkan???itukah yang dipanggil couple??tidak ingatkah ketika itu akan tuhan kita???seruan yang menyuruh kita jauhi perkara yang dilarang..mesti tidak ingatkan???hendaklah kita ingat akan perintahNya..nescaya kita akan bersamaNya..
cinta..apa itu cinta??cinta ada banyak jenis..cinta yang mana kita inginkan???adakah cinta pada Allah..atau cinta pada manusia semata - mata??bila cinta itu datang dari Allah..apa agaknya yang akan kita rasakan???seseorang yang  jatuh cinta kerana Allah akan merasakan sesuatu yang berbeza daripada biasa..ianya berlaku ketika kali pertama kita bersua dengan orang itu..dalam pandangan yang tidak berkelip..kita menikmati keindahan wajah yang dicipta oleh Allah yang Esa..maka itulah cinta yang dicari..atau permata yang dicari..untuk jumpa cinta itu..kita perlu sentiasa ingat akan pencipta kita..kerana Dia yang beri segala yang ada di dunia ini..Dia Ar- Rahman..Ar- Rahim..renungkanlah...insyallah..

Saturday 20 August 2011

KEJAYAAN

setiap manusia di dunia ini pasti inginkan kejayaan..kejayaan yang akan membuat kita gembira..kejayaan itu mestilah berdasarkan kejayaan mengecapi nikmat Allah..itu barulah dinamakan kejayaan yang kukuh di sisi Islam..kerana apa???kerana kejayaan yang berlaku itu berlandaskan al-quran dan as-sunnah..jika kita tidak lari dari apa yang disyariatkanNya..maka nescaya kita berada di jalan yang benar..



"Mak jumpa Firdaus dekat kedai tadi, wah keretanya jenama dari oversea, baru lagi. Katanya dia buat bisnes sekarang," ujar mak kepada saya.
Teh yang masih berwap panas itu aku hirup sedikit demi sedikit. Otakku agak ligat memahami maksud tersirat di hati mak.
"Mak, mak rasa apa sebenarnya yang dikatakan sebagai kejayaan didunia ini?" Aku bertanya kepada mak.
Mak hanya terdiam. Mungkin sedang memikirkan jawapan untuk soalan ku.
"Kita ni selalu pandang kejayaan dari sudut lahiriah je, kereta besar, rumah besar, jawatan hebat. Tapi mak, bagi saya kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita berjaya menjadi insan yang diredhai Allah, dan berjaya menjaga iman dan agama kita. Mana yang mak nak? Anak yang berjaya memperolehi rumah besar, kaya raya tapi tidak menunaikan solat, tidak hormat pada ibu bapa, tidak reti hal-hal berkaitan agama atau mak nak anak yang ada rumah biasa, tak begitu mewah tapi hatinya luhur, ikhlas memperhambakan diri kepada Allah ?" Aku menyoal  lagi.

jangan kita pandang kejayaan seseorang itu secara lahiriah..hendaklah kita memandang dari dua aspek..iaitu dari aspek lahiriah dan juga dari aspek rohaniah..kerana tidak semestinya ia berjaya pada lahiriah iaitu yang kita lihat dengan mata sendiri..ia sudah cukup berjaya dengan rohaniahnya..kerana apa??kerana untuk mencapai kejayaan rohaniah..ia perlu melalui liku - liku yang tidak semua orang boleh lalu dengan hati yang senang..kerana liku - likunya begitu mencabar dan perlu diberi tumpuan..jika seseorang itu berjaya rohaniahnya..maka insyallah ia akan berjaya lahiriahnya..kerana dengan hati yang tulus, qudus, dan suci..ia akan melahirkan satu semangat untuk maju ke hadapan setapak demi setapak..dan dari situ jugalah..kita menaiki tangga yang amat tinggi untuk mencapai kejayaan itu..barakallah..

Friday 19 August 2011

PEREMPUAN

diciptakan perempuan dengan sebaik - baik kejadian..diciptakan juga kaum hawa ini untuk menjadi santapan hidup dan bidadari di hati kaum adam..siapakah pilihan bagi seorang yang bergelar suami??biasanya di kalangan kita mesti mahukan perempuan yang solehah, baik hati, sopan santun, hormat - menghormati..tetapi si Adam tidak mahu melepaskan jua tentang hiburan..kenapa setelah Allah sudah janjikan yang terbaik bagi setiap hambaNya..masih ada lagi hambaNya yang ingkar akan laranganNya..kenapa????Hawa untuk Adam..dan Adam untuk Hawa..itulah yang sebetulnya..maaflah..jika di lihat dari segi rohaniahnya..perempuan lebih ramai di neraka berbanding lelaki..kenapa agaknya ianya berlaku???ini kerana perempuan adalah punca kepada satu masalah yang bercabang..iaitu maksiat..apabila dilihat seseorang itu memakai pakaian yang menjolok mata..salahkah lelaki melihatnya???salahnya adalah perempuan itu..tidak sepatutnya dia memakai pakaian yang sebegitu rupa..kadang kala perempuan dilihat begitu sosial dengan kaum lelaki..itu membuatkan lelaki jadi ghairah kemudian akan timbullah prasangka dan tohmahan - tohmahan yang tidak sedap di dengar..itulah perempuan..segala yang jadi banyaknya dari perempuan...tetapi tidak bermakna lelaki tidak ada salah..ada salahnya lelaki itu..apa salahnya???lelaki itu lemah imannya kerana tidak tahan melihat perempuan..sedangkan Allah dah janjikan bidadari yang jauh lebih cantik daripada makhluk di bumi ini..kepada siapa??kepada lelaki yang sempurna imannya..lelaki yang jauh dari perbuatan zina..memang ada lelaki seperti itu didunia ini..tetapi kuantitinya amat - amat sedikit..tidak sedihkah kamu semua???khalifah yang kita inginkan sedang berkurangan di bumi ini..alangkah sedihnya lagi jika di akhir zaman nanti banyak lelaki yang tidak layak untuk menjadi khalifah....dan ketika itu..tiada guna erti penyesalan..jika tidak mahu perkara itu berlaku..dari sekarang...mulai sekarang..kita berubah..berubah kearah yang lebih efektik..produktif..dan inovatif..agar hidup kita lebih bermakna kerana Allah..bukan kerana perempuan..insyallah..

Thursday 18 August 2011

SEMANGAT

indahnya dunia ciptaan tuhan..ciptaan Allah swt..setiap benda yang berlaku pasti ada hikmahnya.. begitu juga dengan kita..setiap benda yang kita mulakan pasti disertai dengan niat..jika betul niat kita..maka lurus jalannya..tetapi jika salah niat kita..maka bengkoklah jalannya..dalam waktu yang sama..semangat perlu ada dalam setiap manusia yang melakukan kerja..semangat itu penting pada semua..dengan semangatlah kita maju kehadapan menuju ke arah Ilahhi..semangat yang utuh untuk maju ke hadapan..kita juga kena lihat ke arah mana semangat itu kuat..adakah ke arah kebaikkan atau keburukkan??? dari situ juga kita dapat menilai kredibiliti seseorang..contonhnya semangat menyukai seseorang..jika semangat itu berlandaskan Allah..maka teruskan...jika semangat itu berlandaskan nafsu..maka lupakan..jangan fikir bahawa hawa dijadikan untuk bersama adam semata - mata..kerana apa???kerana apabila kita fikirkan itu..maka kita akan terjerumus dengan kancah yang salah..apa yang perlu kita fikirkan???kita perlu fikir secara meluas..memang betul hawa diciptakan untuk adam..tetapi apa perkara yang tersirat di antara itu...baiklah..hawa diciptakan oleh Allah untuk bersama adam dengan tujuan BERIBADAH kepadaNya..apabila kita fikirkan secara syumul atau menyeluruh..maka kita akan jauhi segala yang mungkar..dan kita akan bersemangat menuju ke keredhaan Ilahhi..ingat wahai sahabat..Allah itu maha melihat dan maha mengetahui..

CINTA


cinta..ada banyak jenis cinta..salahkah kita mencintai seseorang???salahkah kita menyukai seseorang..wujudkanlah cinta kerana Allah..bukan wujudkan cinta kerana nafsu semata - mata..cinta yang benar atau sejati adalah hadirnya cinta itu dari hati yang mempunyai atau ingat pada Allah..cinta itu tidak boleh dipaksa..cinta itu hadir dengan sendirinya..dan cinta itu pergi tanpa paksaan..tidak salah kita mencintai seseorang yang membuatkan kita gembira apabila melihatnya..tidak salah kita mencintai seseorang itu yang membuat kita bersemangat untuk menuju ke hadapan..tetapi salahnya kita mencintai seseorang itu jika tujuan kita untuk memuaskan nafsu atau sekadar hiburan..cinta yang datang dan pergi itu di tentukan oleh Sang Pencipta..Dia yang menetapkan segalanya..


cinta kerana Allah adalah cinta yang hadir dari hati apabila kali pertama kita melihat orang itu..dari hati dengan niat untuk memilikinya dengan ikatan yang sah..dan berkekalan..itulah cinta kerana Allah..dan balasan bagi cinta itu adalah cinta yang berpanjangan sehingga akhirat kelak..insyallah..


cinta kerana syaitan adalah cinta yang bertujuan untuk memuaskan nafsu masing - masing.. sehingga membawa kepada sesuatu yang salah di sisi syariat Islam..dan balasannya adalah setimpal dengan apa yang dilakukannya..


jika kita betul - betul mencintai seseorang itu..pertama kali kita perlu doa pada Sang Pencipta untuk mendekatkan hati kita dengan orang itu..dan jika kita bukan pilihannya..maka mintalah kekuatan dariNya..



PERMATA YANG DICARI


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya


Kesopanannya memikat di hati



Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku



Dekatkanlah hatinya dengan hatiku



J
ika dia bukan milikku



Damaikanlah hatiku



Dengan ketentuan-Mu







Dialah permata yang dicari



Selama ini baru kutemui



Tapi ku tak pasti rencana Ilahi



Apakah dia kan kumiliki




Tidak sekali dinodai nafsu



Akan kubatasi dengan syariat-Mu



Jika dirinya bukan untukku



Redha hatiku dengan ketentuan-Mu




Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku



Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu