Saturday 20 August 2011

KEJAYAAN

setiap manusia di dunia ini pasti inginkan kejayaan..kejayaan yang akan membuat kita gembira..kejayaan itu mestilah berdasarkan kejayaan mengecapi nikmat Allah..itu barulah dinamakan kejayaan yang kukuh di sisi Islam..kerana apa???kerana kejayaan yang berlaku itu berlandaskan al-quran dan as-sunnah..jika kita tidak lari dari apa yang disyariatkanNya..maka nescaya kita berada di jalan yang benar..



"Mak jumpa Firdaus dekat kedai tadi, wah keretanya jenama dari oversea, baru lagi. Katanya dia buat bisnes sekarang," ujar mak kepada saya.
Teh yang masih berwap panas itu aku hirup sedikit demi sedikit. Otakku agak ligat memahami maksud tersirat di hati mak.
"Mak, mak rasa apa sebenarnya yang dikatakan sebagai kejayaan didunia ini?" Aku bertanya kepada mak.
Mak hanya terdiam. Mungkin sedang memikirkan jawapan untuk soalan ku.
"Kita ni selalu pandang kejayaan dari sudut lahiriah je, kereta besar, rumah besar, jawatan hebat. Tapi mak, bagi saya kejayaan yang sebenarnya ialah apabila kita berjaya menjadi insan yang diredhai Allah, dan berjaya menjaga iman dan agama kita. Mana yang mak nak? Anak yang berjaya memperolehi rumah besar, kaya raya tapi tidak menunaikan solat, tidak hormat pada ibu bapa, tidak reti hal-hal berkaitan agama atau mak nak anak yang ada rumah biasa, tak begitu mewah tapi hatinya luhur, ikhlas memperhambakan diri kepada Allah ?" Aku menyoal  lagi.

jangan kita pandang kejayaan seseorang itu secara lahiriah..hendaklah kita memandang dari dua aspek..iaitu dari aspek lahiriah dan juga dari aspek rohaniah..kerana tidak semestinya ia berjaya pada lahiriah iaitu yang kita lihat dengan mata sendiri..ia sudah cukup berjaya dengan rohaniahnya..kerana apa??kerana untuk mencapai kejayaan rohaniah..ia perlu melalui liku - liku yang tidak semua orang boleh lalu dengan hati yang senang..kerana liku - likunya begitu mencabar dan perlu diberi tumpuan..jika seseorang itu berjaya rohaniahnya..maka insyallah ia akan berjaya lahiriahnya..kerana dengan hati yang tulus, qudus, dan suci..ia akan melahirkan satu semangat untuk maju ke hadapan setapak demi setapak..dan dari situ jugalah..kita menaiki tangga yang amat tinggi untuk mencapai kejayaan itu..barakallah..

2 comments:

  1. saye setuju...jgn menilai seseorng dengan kejayaan di dunia malah di akhirat...

    ReplyDelete
  2. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

    ReplyDelete