Saturday, 3 September 2011

KISAHKU

dah lama ana tidak tulis blog ini..mesti ada yang tertanya - tanya..sebelum itu..sweribu kemaafan ana meminta..selalunya ana akan tulis tentang perkara yang berkaitan agama..tetapi hari ini ana ingin cerita tentang ana..bila antum semua baca blog ana...pasti ada sesuatu yang akan terlintas di fikiran antum..bahawa ana seorang yang baik..tetapi pada hakikatnya..ana tidak sebaik yang antum sangkakan..dulu ana memang seorang yang baik..sewaktu arwah ayah ana masih menjejak kaki di bumi Allah ini..tetapi pada tarikh 22/2/2000..beliau pergi meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak beliau menuju kesuatu tempat yang akan dituju oleh kita semua..ketika itu ana masih lagi berumur 9 tahun...hati siapa yang tidak sedih kehilangan insan yang tersayang..tetapi ketika itu benak fikiran ana masih lagi cetek dan singkat..sejak itu ana berubah..dari seorang budak yang baik dan sedap mata memandang..menjadi seorang budak yang pantang dan jengkel dipandang orang..ketika itu ana tidak berfikir tentang baik dan buruknya perbuatan ana itu..sehingga ana melangkah ke alam remaja..ana dihantar olah ibu ana ke suatu tempat yang banyak mengubah dan mengajar ana tentang Islam..perubahan itu tidak berlaku lama..kerana pada suatu hari,,ibu ana meminta ana untuk pulang ke rumah atas katanya ada kenduri kesyukuran..ana balik dengan hati yang gembira..
setibanya ana di rumah..ana disuruh oleh abang ana yang sulung untuk duduk di bahagian dapur..ana akur dengan perintah itu..dan perkara yang tidak disangka berlaku..rupa - rupanya ibu ana telah berkahwin dengan seorang ustaz..memang ana gembira kerana pilihan ibu bukan calang - calang orangnya..tetapi apa yang membuatkan ana melakukan perubahan adalah ibu kahwin tanpa pengetahuan ana..dan rupa - rupanya ana seorang yang tidak tahu bahawa ibu ana sudah berkahwin..sedangkan adik - beradik ana yang lain tahu..jika perkara ini berlaku pada antum..apa yang akan antum rasa???
kerana memikirkan kebahagian ibu..ana redha dengan apa yang berlaku..walaupun hati ini sehingga sekarang masih berat menerima hakikat itu..sudah 7 tahun ianya berlalu..walaupun hati ana merasakan bahawa ana ini anak angkat..ana tetap redha..siapa tahu??seorang yang kawan - kawan gelar "bonzer"..kawan - kawan gelar "taiko"..menangis kerana terkenangkan ayahnya yang tersayang..Allah sahaja yang tahu isi hati ana..

ana bukanlah seorng ustaz..ana hanya seorang hamba Allah yang berfikir untuk berkongsi ilmu jika ada di dada..sepertimana Rasulullah saw..menyampaikan risalahnya pada umatnya..begitulah juga ana..menyampaikan ilmu yang jadi tradisi untuk pengetahuan umum..doakanlah apa yang terbaik untuk ana..ana mengharapkan doa yang baik untuk ana..untuk ana jadikan bekalan di waktu pemergian ana...barakallah..

No comments:

Post a Comment