Saturday, 10 September 2011

AIR KENCING SYAITAN

apa yang antum fikirkan bila melihat tajuk ana pada hari ini???
semua mesti tahu apa yang dimaksudkan dengan air kencing syaitan..walaupun ada orang di kalangan kita yang buat tidak tahu tentang itu semua..

semua tahu bukan bahawa arak itu haram di sisi Islam??mesti tahu punya..tetapi kenapa masih ada orang Islam yang meminum arak ini???
banyak persoalan yang boleh dirungkaikan di sini..

arak telah diharamkan sejak hadirnya kekasih Allah..iaitu Muhammad SAW..kerana apa ya??kerana ianya memudaratkan..

pengharaman arak dilakukan dalam berperingkat..iaitu :

surah al - Nahl ayat 67 
"dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya"

-ayat diatas diturunkan di Makkah dimana ayat ini belum lagi dijelaskan pengharaman arak dan masih boleh diminum ketika itu-


surah al - Baqarah ayat 219
"mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. katakanlah pada kedua - duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua - duanya lebih besar dari manfaatnya."

-ayat kedua ini menjelaskan perbezaan diantara baik dan buruknya arak. ia juga menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya-


surah an - Nisa ayat 43
"wahai orang - orang yang beriman, janganlah kamu sembahyang sedangkan kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan"


surah al - Maidah ayat 40
"wahai orang - orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala, dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk dalam perbuatan syaitan. maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan"



disini kita dapat lihat bahawa arak itu sememangnya memudaratkan diri kita mahupn orang lain..ingat wahai anak muda dan juga orang tua..jauhilah arak itu kerana arak sebenarnya bukanlah ubat tetapi ianya penyakit..
janganlah kamu meminum arak itu walaupun setitik..kerana ada hadith Rasulullah SAW yang bermaksud "apa - apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram (walaupun belum memabukkan)"

jadi sahabat..jauhkanlah diri kamu dari semua minuman itu..kerana tiada kebaikkan yang kita dapat darinya..
ingat Allah..kerana Dia sentiasa bersama kita..
Waallahu'alam..

No comments:

Post a Comment