perlukah kita berdendam dengan orang sedangkan kita tidak tahu bahawa Allah itu berdendam dengan kita atau tidak????
baguskah dendam itu???
apa yang dimaksudkan dengan dendam??
dendam itu datang dari hati..dari hati yang marah, dengki, takbur, dan sebagainya..
jika kita tanamkan al - quran dan as - sunnah dalam hati kita..tiada timbul rasa dendam dan hasad dengki dalam diri kita..
jika kita amalkan apa yang diberi dan disampaikan oleh nabi kita yang mulia..nabi Muhammad SAW..dengan izin Allah kita akan terhindar dari perasan dengki dan marah..
belajarlah untuk jadi tenang dan sabar seperti Rasulullah SAW..
jadikan Baginda ikon untuk kita jadikan diri kita benar ke jalan Allah..
jangan kita lupa bahawa kita dalam tidak sedar kita boleh jatuh kufur tanpa kita ketahui..
maka ingatlah..peganglah kitabullah dan sunnatullah..
sesungguhnya tiada yang lebih baik selain daripada dua khazanah itu..
jangan ada dendam antara kita sesama saudara..kerana itu membuatkan orang kafir suka melihatnya..
kerana apa??kerana mereka melihat kita bergaduh dan berpecah belah..
mahukah kita melihat mereka ketawa gembira sedangkan kita bergaduh dan saling berbalah..
tidak mahu bukan??
biasanya melayu akan berkata "kita melayu sama melayu..takkan nak gaduh pula??"
itulah ayat yang sering kita dengar..
tetapi adakah kita fikir semua itu??
rasanya tidak semua orang berfikir begitu..
jujur ana katakan..kadang - kadang ana sendiri tidak berfikir begitu..ana alpa dengan keduniaan..
tetapi itulah manusia..kadang - kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan..
-FIKIRKAN DAN RENUNGKAN-
No comments:
Post a Comment