Tuesday, 15 November 2011

KEMARAHAN

setiap manusia di dunia ini mempunyai sesuatu sifat yang kadangkala mampu dibendung dan kadangkala sukar dibendung..
sifat ialah marah..setiap manusia punya hak untuk marah..dan adakalanya kemarahan itu membawa kepada kebaikkan..
dan adakalanya kemarahan itu membawa kepada keburukkan..
seseorang yang dalam keadaan marah pastinya akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan..
adakalanya kita boleh mengawal kemarahan itu..adakalanya tidak..
kemarahan datangnya dari dua hala..
biasanya kita dengar kemarahan itu kebanyakkannya membawa kepada keburukkan..
adakah kita tahu apa puncanya???
manusia tidak lari dari berprasangka buruk tanpa usul periksa..
bagi ana..kenapa ana cakap bahawa marah itu dihadirkan dari dua hala..
ianya adalah marah dari haluan Allah..dan marah dari haluan Syaitan..

MARAH DARI HALUAN ALLAH

seseorang yang marah dari haluan Allah akan berlaku apabila seseorang itu tidak melakukan dan mengingkari perintahNya..
ianya adalah untuk tujuan yang baik..
kita marah bukan kerana apa..tetapi untuk menyedarkannya agar berubah menjadi lebih baik..
marah dari haluan ini bukanlah dengan cara menengking atau memaki..
tetapi dengan cara yang lembut tapi tegas..
dengan niat agar orang itu berubah lebih baik dari sebelumnya..
dan semua kemarahan itu dengan izin Allah..

MARAH DARI HALUAN SYAITAN

manakala marah dari haluan syaitan adalah kemarahan yang sepenuhnya membawa ke arah keburukkan..
kerana apa ana kata begitu..kerana kita sendiri boleh lihat dunia pada masa sekarang..kita boleh lihat dari sudut ilmiah dan sebagainya...
kemarahan dari haluan ini biasanya kerana nafsu dan hasutan syaitan..
hasutan syaitan yang membawa kita menjadi lebih teruk dari apa yang terjadi sekarang..contoh yang dapat kita lihat sekarang ialah pembunuhan..
kenapa pembunuhan yang berlaku sekarnag berbeza dengan masa dahulu??
kerana pembunuhan sekarang berlaku atas dasar nafsu dan kemarahan...kita boleh tahu semua itu...
sedangkan pada masa dahulu..pembunuhan berlaku atas dasar syariat..
hasutan syaitan yang begitu kuat mendorong kita untuk lakukan sesuatu dengan kemarahan..
itulah ia..kemarahan dari haluan syaitan..


kta perlu belajar bagaimana caranya untuk kita mengawal kemarahan itu..banyak cara yang mungkin kita ketahui..
antaranya..solat..seorang muslim yang menjaga solatnya pasti akan menghadapi sesuatu kesulitan tanpa ada terbitnya kemarahan itu..
cara yang lain adalah dengan adanya wudhu'...seseorang yang mempunyai wudhu' akan merasa tenang dengan apa yang berlaku..
kita kena sentiasa pandai mengawal nafsu dan minda kita dari dihasuti syaitan laknatullah..
dan banyak lagi cara yang kita semua tahu..
sedarlah dari tidur yang panjang..dan hadapilah hidup dengan penuh barakah..

"seorang muslim belum tentu imannya..tetapi seorang mu'min pasti islamnya"

RENUNGKANLAH

2 comments: