Tuesday, 27 September 2011

SIAPA AKU

siapa tahu siapa diri dia???
adakah kita tahu siapa kita sebenarnya??
rasanya tidak ramai yang tahu siapa diri mereka..
kerana amat sukar untuk kita kenal siapa kita..


adakah kita kenal siapa tuhan kita???
mungkin sesetengah akan menjawab "tuhan aku Allah la.."
tetapi adakah kita betul - betul kenal siapa Allah???
sebelum kita kenali siapa diri kita..hendaklah kita mengenali siapa tuhan kita..kemudian kita kenal akan utusan Allah kepada kita iaitu Rasulullah SAW..
bila kita kenal siapa beliau..maka dengan izinNya..kita akan kenal apa kitab yang disebarkan kepada kita iaitu Al - quran..


ramai orang yang tahu bahawa Rasulullah SAW itu nabi yang terakhir dan rasul yang diutuskan kepada kita..
tetapi adakah kita tahu akan salasilah beliau??
adakah kita tahu penderitaan dan cabaran yang dihadapi beliau??


tidak semua tahu akan perkara itu..
kita perlu mengkaji selagi ada nyawa di kandung badan..
apabila kita kenal semua itu..
kita akan  mula mengenali kitab Allah..
kitab yang berasal dari kata -kata Allah..
semua itu keajaiban yang paling mulia di dunia,..


dan untuk kenal siapa kita..semua itu akan kita lalui..
cuba kita semua renungkan dan kaji..
apa yang akan kita dapat..adalah...


KEMANISAN IMAN

Sunday, 25 September 2011

KASIH SAYANG YANG ABADI

sudah jumpakah kita kasih sayang yang abadi itu???atau sudah dapat tanda - tanda kasih sayang yang abadi itu???agak - agaknya senang atau tidak untuk kita jumpa kasih sayang yang abadi itu??

setiap persoalan pasti ada jawapan..dan akan hadir banyak jawapan yang mungkin sedap di dengar atai tidak sedap di dengar..terpulang pada setiap orang atau makhluk yang merasai perasaan itu..

untuk mencari kasih sayang yang abadi itu pastinya datang dari Allah SWT..Dialah punca segala - segalanya..dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali..ini bermakna perasaan kasih sayang yang abadi itu datangnya dari Allah SWT..


jika kita merasakan kehadiran kasih dan sayang itu..maka kita akan merasa kehadiran Dia yang Esa..jika kita tidak rasa kehadiran kasih dan sayang itu..maka tiadalah Dia hadir untuk kita..

mahukah anda jika Dia tidak hadir dalam hidup anda???
pastinya TIDAK!!!

kerana Dialah pencipta sekalian alam..
jika Dia itu pencipta sekalian alam..sudah tentu Dia pencipta kita semua..
kenanglah Allah SWT sepertimana kita kenang Rasulullah SAW..kenanglah ibu bapa kita..sepertimana kita kenang kekasih kita..

tempatkan kasih dan sayang kita yang abadi hanya pada Allah SWT..

Friday, 23 September 2011

INGAT - INGATAN

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.

Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.

2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.

Sunday, 18 September 2011

MAKHLUK GHAIB

makhluk ghaib...dari mana datangnya makhluk ghaib ini???tahukah kita segala makhluk ghaib itu juga datangnya dari Allah??kenapa sehingga sekarang istilah "hantu" masih ada di zaman sekarang??sebenarnya hantu itu adalah dari satu spesis yang sama iaitu syaitan..
syaitan itu dijadikan daripada api..api mana??api neraka..kenapa kita perlu takut pada syaitan???adakah kerana syaitan dijadikan dari api..??
janganlah kita takut pada syaitan..kerana Allah telah jadikan kita sebaik - baik kejadian..maka disitu..kita jangan sekali - sekali takut dan fikirkan tentang syaitan..kerana bila kita takut dengan syaitan..maka syaitan akan ketawa keriangan..mereka akan menghasut kita ke arah kesesatan..
sedikit demi sedikit..dan jika kita tidak utuhkan iman di dada..maka terpesonglah kita..

moga di jauhkan segalanya..jangan jadi seperti orang yang memohon sesuatu pertolongan daripada syaitan..kerana kononnya syaitan dijadikan oleh api makanya mereka berkuasa..

TIDAK!!!

TIADA YANG LEBIH BERKUASA DARIPADA ALLAH SWT..

mohon dijauhkan segala mala petaka yang berlaku pada waktu sekarang..sepatutnya kita pohon pada tuhan yang satu..iaitu Allah..
syaitan tiada kuasa ke atas kita...jangan biarkan mereka menguasai kita..Allah telah berikan kita Al - Quran yang penuh dengan kuasaNya..untuk kita gunakan dalam hidup kita,diri kita, dan sebagainya..gunakanlah Kitabullah itu ke jalan yang sebaiknya..

kita perlu pegang syahadah kita yang menunjukkan kita ini orang Islam..

"AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH..DAN AKU NAIK SAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"

dari makna syahadah itu sendiri sudah termaktub bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa..tiada yang lebih berkuasa daripadaNya..

jadi ingatlah!!!peganglah satu pegangan..pegangan bahawa agama kita agama Islam..tuhan kita Allah SWT..nabi kita Muhammad SAW..kitab kita Al - Quran..kiblat kita Kaabah..mazhab kita mazhab As - Syafie..

INGATLAH!!!!!

Friday, 16 September 2011

RINDU

rindu..rindu hati kita pada siapa??adakah rindu kita pada ibu bapa kita??atau pada kekasih kita??atau kepada tuhan kita??
yang mana satu???

tidak salah kita rindu akan kekasih kita..tetapi jangan kita rindu kekasih kita jika kita tidak rindu pada ibu bapa kita..
tidak salah kita rindu ibu bapa kita..tetapi jangan kita rindu ibu bapa kita jika kita tidak rindu pada kekasih Allah..
tidak salah kita rindu kekasih Allah..tetapi jangan kita rindu kekasih Allah jika kita tidak rindu pada ALLAH...

tahukah antum betapa besarnya nikmat kepada seseorang jika dia rindu akan Allah..
seseorang yang rindu akan Allah..akan sentiasa dalam keadaan muhasabah diri..seseorang yang rindu akan Allah..akan sentiasa dekat dengan Allah..
dan ketahuilah..bahawa Allah sentiasa dekat dengan orang yang mengingatiNya..

rindu kita pada Allah SWT HARUS tinggi lebih dari rindu kita pada Muhammad SAW..
rindu kita pada Muhammad SAW HARUS tinggi lebih dari rindu kita pada ibu bapa..
rindu kita pada ibu bapa HARUS tinggi lebih dari rindu kita pada kekasih hati kita..

bila kita berjaya berbuat demikian..nescaya..Allah akan beri ganjaran..Allah tidak akan mungkir janji tentang ganjaran - ganjaranNya..

jika hadirnya rindu..maka datanglah sayang..jika datangnya sayang..maka hadirnya rindu..:)
dengan rindu kita akan dekat dengan segalanya..renung - renungkan..


Thursday, 15 September 2011

IBU BAPA

tanpa ibu dan bapa..tiada kita di dunia ini..sepatutnya kita bersyukur dengan adanya ibu dan bapa..beruntunglah jika kita masih ada ibu dan bapa..cuba kamu bayangkan jika kamu tiada ibu dan tiada bapa..apakah perasaan kamu???
mesti anda menangiskan???
tetapi tidakkah kamu terfikir bahawa kamu semua sudah cukup jasa untuk diberi kepada ibu dan bapamu???
sayang sekali jika kita tidak membalas jasa mereka..kerana merekalah yang menanggung kita dari kecil hingga dewasa...
tanpa ibu yang membawa kita di dalam perut selama 9 bulan..tiada kita dapat rasa nikmat Allah SWT..
tanpa bapa yang menyara kita sehingga sekarang..tiada kita dapat apa yang kita inginkan..

TETAPI!!!!

kenapa??mengapa??kenapa masih ada anak yang lupakan ibu dan bapanya??sedih saya melihat kejadian itu..ibu dan bapanya di halau keluar dari rumah yang kononnya di beli dari hasil titik peluhnya sendiri..tidak tahukah kita bahawa segala yang ada di dunia ini adalah pinjaman semata - mata..

ingatlah wahai teman..kenanglah jasa dan balaslah jasa ibu dan bapa kita selagi mana kita mampu dan selagi mana mereka ada di bumi Allah ini..

"menyesal dahulu pendapatan,menyesal sekarang tidak berguna"

tiada guna kita menyesal jika kita baru mencuba balas jasa mereka ketika mereka sudah tiada lagi..

balaslah jasa mereka dari sekarang..kerana kita tidak tahu bila dan tika masanya mereka akan pergi..adakah kita pergi dahulu atau mereka..hanya Allah sahaja yang tahu..

ingat ya wahai teman..jangan terlalu kejar dunia..kerana ibu dan bapa paling bernilai..kerana apa..kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa..
waallahua'lam..

Monday, 12 September 2011

PANDANGAN DAN KEINGINAN

Allah telah kurniakan kita mata untuk kita melihat..adakah kita gunakan mata kurniaan Allah itu ke arah yang sepatutnya??adakah kita gunakan mata kita untuk melihat kebesaran Allah yang Esa??rasanya tidak semua orang begitu..sayang bukan..mata yang indah dicipta dan diberi pinjam pada kita, tidak melihat keindahan kebesaran Allah SWT..bahkan orang zaman sekarang menggunakan mata untuk melihat sesuatu yang tidak sepatutnya di lihat..contohnya perempuan yang berpakaian tidak senonoh..ada banyak istilah tentang mata dan pandangan..contohnya mata keranjang..mahukah kita digelar sebegitu???marilah bersama - sama kita jaga mata kita kerana dengan mata ini jugalah kita mungkin terjerumus ke kancah penzinaan..anda semua mungkin faham apa yang ana cakapkan..

melalui pandangan yang menggoda akan menyebabkan kita menginginkan sesuatu..siapa tahu??apabila kita memandang sesuatu yang tidak sepatutnya di pandang..nafsu kita akan memuncak dan akan berlaku di situ ZINA..mahukah kita..perkara itu terjadi kepada kita??tolonglah kita sama - sama jaga pandangan kita..kerana Allah itu maha berkuasa..bila - bila masa Dia boleh tarik nikmat yang ada pada kita..sayang sekali jika nikmat yang sepatutnya berguna pada kita..ditarik dengan sekali sahaja..






SEGALA YANG BURUK DATANGNYA DARI DIRI KITA SENDIRI..
DAN YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT..